Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Integriti dan Ombudsman, Datuk Juanda Jaya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Galeri Laila di Wisma Sabati. Foto: TVS

RUU Ordinan Ombudsman penting dalam pentadbiran telus dan integriti

KUCHING, 19 Nov: Usul pembentangan Ordinan Ombudsman Sarawak 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) penting untuk menzahirkan pentadbiran kerajaan yang berintegriti.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, rang undang-undang tersebut juga mengutamakan kepentingan rakyat.

Pada masa sama kata beliau, ia akan memastikan salah guna kuasa ditangani oleh badan yang bebas anasir politik.

“Apabila diluluskan kelak, Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) akan bertindak sebagai penerima aduan rakyat dan seterusnya mengambil tindakan bersesuaian mengikut kes.

“Misal kata berlaku penyelewengan membabitkan rasuah, Ombudsman akan menyerahkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala jika membabitkan unsur jenayah ia akan diserahkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Galeri Laila di Wisma Sabati, Kuching di sini hari ini.

Sidang DUN Sarawak yang akan bermula esok dijangka bakal melakar sejarah tersendiri dengan pembentangan dua rang undang-undang yang tidak pernah dibentangkan sebelum ini di mana-mana persidangan DUN di negara ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, Rang Undang-undang Ombudsman 2023 dan Rang undang-undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Rumah Hijau) 2023, akan menjadi antara lima Rang Undang-undang yang akan dibentangkan dalam persidangan lapan hari itu.

Mengulas lanjut, Juanda berkata, menerusi ketelusan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak, sudah pasti pentadbiran akan bertambah baik termasuk indeks persepsi rasuah dan ini penting untuk meningkatkan keyakinan para pelabur.

“Pelabur luar negara mempunyai keyakinan meletakkan pelaburan mereka di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan