Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Biro Agama Dan Sosial Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Hamli Bujang bercakap kepada TVS selepas hadir Progam Derma Darah Mega di Sri Aman, hari ini. Foto, TVS.

Program Derma Darah Mega akan dilaksanakan di luar bandar

SRI AMAN, 19 Nov: Program Derma Darah Mega anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) edisi seterusnya akan diperluaskan ke kawasan luar bandar.

Ketua Biro Agama dan Sosial PKMS, Hamli Bujang berkata, ini kerana pihaknya mahu penduduk di kawasan pedalaman serta rumah panjang turut terlibat dengan aktiviti derma darah.

Pada sama sama, beliau berkata, pihaknya menyedari kesukaran untuk penduduk di kawasan luar bandar terlibat jika program berkenaan hanya dianjurkan di kawasan bandar.

“Berkenaan dengan program ini yang bermula sejak September lepas di Limbang, kita berjaya mengumpul sebanyak 400 pain darah dan memandangkan ini kali pertama program jelajah derma darah ini dianjurkan, itu merupakan pencapaian yang baik berdasarkan maklum balas masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Hamli hadir pada program berkenaan di Dewan Suarah, Sri Aman sini hari ini.

Selain Sri Aman dan Limbang, PKMS juga menganjurkan program itu di Miri, Bintulu, Kapit, Sibu, Sarikei dan Serian.

Sementara itu, beliau memberitahu, hebahan lebih meluas akan dilakukan untuk acara berkenaan pada masa depan supaya masyarakat sedar kepentingan menderma darah. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan