Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlumbaan kereta pacuan empat roda Cabaran 4x4 Padawan dirancang akan berlangsung pada Mac atau April tahun depan. Foto TVS.

Perlumbaan kereta pacuan empat roda bakal dianjurkan di Padawan tahun depan

PADAWAN, 19 Nov: Penganjuran perlumbaan kereta pacuan empat roda Cabaran 4×4 Padawan yang dijadual tahun depan dijangka akan merancakkan aktiviti sukan permotoran di sini.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, acara berkenaan juga dapat memperkasa ekonomi penduduk setempat.

Kata Willie, penganjuran acara itu sebenarnya sudah lama dirancang namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Masa terbaik (untuk penganjuran Cabaran 4×4 Padawan) ialah ketika musim kering, mungkin pada Mac atau April sebelum Hari Gawai.

“Ini menjadi sasaran kita dan berharap akan menjadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Padawan 4×4 Adventure Off Road Track di sini hari ini.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin merasmikan pembukaan Padawan 4×4 Adventure Off Road Track. Foto,TVS.

Mengulas lanjut, Willie berkata, perancangan untuk menganjurkan sukan lasak itu juga tercetus hasil pungutan suara dan maklum balas peminat kenderaan pacuan empat roda

Katanya, penganjurannya akan membuka ruang kepada kelab – kelab yang terlibat untuk menimba pengalaman dan seterusnya dapat menganjurkan acara sama pada skala yang lebih besar.

Sementara itu, beliau yakin pembukaan trek perlumbaan berkenaan mampu memperkasakan ekonomi setempat sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

“Menerusi sukan pemotoran, program-program yang dianjurkan di litar secara tidak langsung akan membuka peluang perniagaan makanan dan kelengkapan sukan pacuan empat roda yang digunakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan