Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 533 pekerja syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Foto, MYAirline (FB).

MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus

ByBernama

PUTRAJAYA, 19 Nov: Seramai 533 pekerja syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat semalam.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata daripada jumlah itu, PERKESO telah meluluskan 277 permohonan.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.

“Pihak PERKESO juga telah buat apa yang patut dilakukan setakat ini dan dalam proses untuk mengetahui sama ada pekerja terjejas telah menerima surat pemberhentian kerja dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas hadir program PERKESO Run&Ride 2023 di sini hari ini.

MAVCOM gantung lesen perkhidmatan udara MYAirline

SIP bertujuan menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang hilang pekerjaan sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.

Sebelum ini, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Okt sehingga diberitahu kelak antara lain disebabkan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed pada 2 Nov lepas dilaporkan berkata pihaknya sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja MYAirline. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan