Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Zaliha Mustafa bercakap kepada pemberita selepas rasmikan Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di George Town hari ini. Foto: TVS

Kes denggi meningkat pada musim tengkujuh – Dr Zaliha

GEORGE TOWN, 19 Nov: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan kes demam denggi di enam negeri ketika negara memasuki musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia membabitkan Sarawak, Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak ekoran cuaca hujan yang boleh menyebabkan air bertakung dan sekali gus meningkatkan risiko pembiakan nyamuk Aedes.

“Memang akhir-akhir ini, kita lihat penyakit demam denggi meningkat disebabkan hujan dan air bertakung pada musim tengkujuh.

“Jadi kita nasihatkan supaya masyarakat ambil prihatin dan menjaga persekitaran masing-masing dan jika ada gejala, sila dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini.

Kes denggi menurun 6.8 peratus, tiada kematian dilaporkan

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, sebanyak 100,936 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 4 November lalu berbanding 51,256 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 49,674 kes atau 96.9 peratus dengan 78 kematian berbanding 35 kematian bagi tempoh sama.

Dalam perkembangan lain, Zaliha berkata, kes berkaitan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti sakit jantung, diabetes dan darah tinggi turut meningkat beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya selepas pandemik COVID-19 melanda negara.

“50 peratus pesakit tidak sedar menghidap penyakit itu dan berada pada tahap lebih serius yang dikhuatiri boleh mengakibatkan komplikasi kerosakan organ-organ penting seperti buah pinggang, mata dan jantung.

“Jadi kita mahu supaya rakyat berani tampil untuk melakukan saringan secara percuma supaya apabila penyakit ini dikesan lebih awal, maka rawatan segera dapat dilakukan dan mengelakkan komplikasi terhadap kesihatan diri serta ekonomi keluarga dan negara” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan