Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri bergambar bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta isteri, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri serta pegawai SABATI di Galeri Laila di Wisma SABATI, pada hari ini. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak, Petros sumbang dana RM1.3 juta kepada SABATI

KUCHING, 19 Nov: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menyumbang dana RM1 juta kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Premier Sarawak itu berkata, pada masa sama Kerajaan Sarawak turut menghulurkan sumbangan RM300,000 bagi membolehkan SABATI meneruskan kerja amal termasuk dalam sektor pendidikan.

Kata Abang Johari, sumbangan berkenaan dibuat berdasarkan kemampuan Petros yang dimiliki Kerajaan Sarawak yang kini menjadi syarikat minyak ketiga terbesar di Malaysia.

“(Oleh itu) Petros menyumbang RM1 juta dan RM300 000 daripada Kerajaan Sarawak selepas saya berbincang dengan ahli Majlis Kabinet (Kerajaan Sarawak) tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Galeri Laila di Wisma SABATI, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta kesemua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, menerusi dana berkenaan, SABATI mampu membantu golongan yang memerlukan termasuk pelajar di kawasan luar bandar.

“(Selain itu) saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli SABATI yang terlibat untuk menubuhkan Galeri Laila.

“Ini dapat mempamerkan kisah SABATI sejak mula ditubuhkan dan akan menjadi inspirasi kepada para pemimpin, khususnya suami ahli SABATI untuk meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan