Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada mesyuarat khas di DUN Sarawak bincang Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Ekonomi hidrogen beri pulangan positif kepada rakyat Sarawak – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 19 Nov: Penemuan teknologi baharu yang lebih murah dalam pengeluaran hidrogen akan membawa pulangan positif kepada hasil pendapatan Sarawak selepas ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pulangan itu seterusnya akan memberi manfaat kepada rakyat khususnya di luar bandar.

Jelas Abang Johari, ketika Sarawak memulakan projek perintis menghasilkan hidrogen, kuasa yang diperlukan ialah 60 kWj per jam untuk menghasilkan satu kilogram (kg) hidrogen.

“Ia kemudian berkurangan kepada 38 kWj per jam dan baru-baru ini saya ada membaca jurnal hanya 15 kWJ per jam diperlukan untuk menghasilkan hidrogen,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemu bual Channel News Asia baru-baru ini.

Sarawak sebelum ini telah mencapai status negeri berpendapatan tinggi di Malaysia dan diiktiraf Bank Dunia.

Pengiktirafan itu antara lain menunjukkan Sarawak telah melepasi Ambang Pendapatan Tinggi berdasarkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan berada di landasan terbaik untuk meningkatkan lagi pendapatan isi rumah rakyatnya.

Sementara itu, Abang Johari berkata menjelang 2023 Sarawak dijangka mampu untuk menjana tenaga boleh diperbaharui sekitar 10 gigawatt (GW) menerusi projek loji hidroelektrik.

“Apa yang kita lakukan sekarang ialah melihat potensi empangan bertingkat (Cascading Dam) dengan empangan sedia ada.

“Sementara itu menjelang 2030 Sarawak mungkin dapat menghasilkan dan menjana sehingga 10 GW tenaga menerusi hidroelektrik,” katanya lagi.

Pada Ogos lepas, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni memberitahu Sarawak menyasarkan untuk menghasilkan tenaga sekitar lapan GW menerusi loji hidroelektriknya pada 2030.

Kata Hazland, penjanaan itu diperlukan sektor perindustrian pada masa hadapan serta akan menyokong agenda ekonomi hidrogen Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan