Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bersama peserta dan jawatankuasa penganjur program CTOP di Serian malam tadi. Foto TVS.

Dua kursus dicadangkan di CENTEXS baharu

SERIAN, 18 Nov: Dua kursus dicadangkan di cawangan baharu Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) yang bakal dibangunkan di Pejabat Daerah Kecil Padawan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kursus tersebut adalah pelancongan dan pertanian moden.

Kata beliau, pemilihan dua kursus itu bersesuaian dengan kelebihan yang wujud di Serian.

“Di sini khususnya Tarat terdapat banyak kawasan alam semula jadi yang memiliki pemandangan yang cukup menarik.

“Itulah sebabnya Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) tertarik dan beliau selalu menyebut kawasan ini harus jadi mini New Zealand di Sarawak,” katanya.

Cawangan CENTEXS ditubuhkan di Teng Bukap, Padawan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena penangguhan program Community Technology Outreach (CTOP) di Dewan Serbaguna Kampung Pesang, Serian malam tadi.

Turut hadir, Setiausha Tetap MEITD, Datu Azmi Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Dato Syeed Mohd Hussein.

Menyentuh mengenai pertanian moden, Roland Sagah berharap kursus tersebut juga dapat dibangunkan dengan jayanya dalam usaha menarik golongan belia ke arah pertanian moden.

“Kita harap tapak baharu memiliki keluasan mencukupi untuk digunakan pertanian moden,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan