Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia Dan Sukan, Hanna Yeoh merakam gambar kenangan bersama tetamu yang lain. Foto: TVS

Warga KBS berkampung di Sarawak sempena Sukan Perpaduan

KUCHING, 18 Nov: Warga Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) berkampung di Sarawak untuk meraikan Hari Sukan Perpaduan di sini.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kunjungan kali pertama itu turut menghimpunkan lebih seratus warga kerja termasuk pengarah dari seluruh Malaysia.

Menurutnya selain daripada melibatkan diri dalam sukan, aktiviti seperti ini mampu mengeratkan perpaduan masyarakat secara menyeluruh.

“Bukan beliau sahaja tapi keseluruhan warga Kementerian Belia Dan Sukan pusat datang dan ini adalah pertama kali kerana tidak pernah kementerian lain membuat seperti ini.

“Walaupun mereka berkunjung ke Sarawak untuk satu tujuan namun ia mampu mengeratkan perpaduan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata pada  Majlis Perasmian Sukan Perpaduan 2023 di sini pada Sabtu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan