Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perhalusi tukar istilah orang kurang upaya kepada orang kelainan upaya – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat menukar terminologi orang kurang upaya (OKU) kepada orang kelainan upaya, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri KPWKM itu berkata, penukaran istilah berkenaan perlu mendapat kebenaran badan antarabangsa terlebih dahulu berikutan bidang kuasanya bukan terletak di bawah kerajaan tempatan.

“Terdapat permohonan untuk menukar istilah berkenaan kepada orang kelainan upaya. Perbincangan dan mesyuarat perlu diadakan bersama pelbagai badan antarabangsa terlebih dahulu sebelum menukarkannya.

“Malaysia perlu mengikut istilah itu kerana ia ditetapkan badan antarabangsa dengan kita tidak dapat mengubah istilah tersebut serta-merta,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (NAECCEM) di sebuah hotel di Santubong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy memberitahu bahawa penggunaan istilah orang kurang upaya mendapat perhatian dalam kalangan mereka yang mengikuti perkembangan golongan OKU.

“Tidak dinafikan bahawa ada dalam kalangan golongan ini sebenarnya bukan kurang upaya, tetapi kelainan upaya dengan memiliki kebijaksanaan masing-masing.

“Terdapat banyak permohonan daripada mereka yang terlibat dalam industri ini supaya terminologi ini boleh diubah kepada kelainan upaya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau mendedahkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited untuk membangunkan Taska Kanak-kanak OKU di seluruh Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 11 buah sekolah khas bagi golongan itu dibuka dengan diuruskan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Malaysia, termasuk sebuah sekolah yang terletak di Sibu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan