Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan bertanding pada Majlis Perasmian Kejohanan Tarik Tali Terbuka Antarabangsa 2023 Piala Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di Kompleks Sukan Limbang hari ini . Foto: TVS

Pembangunan Limbang, kukuhkan hubungan Sarawak, Brunei – Abang Johari

LIMBANG, 18 Nov: Pembangunan di sini memberi manfaat kepada rakyatnya sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan negara jiran Brunei Darussalam, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menyifatkan hubungan erat yang terjalin antara Limbang dan Brunei ini dapat dilihat melalui pembinaan jambatan persahabatan menghubungkan Limbang ke Daerah Temburong Brunei Darussalam.

“Bahagian Limbang telah menikmati pelbagai pembangunan sama ada daripada segi infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan telekomunikasi. Sebagai contoh, jambatan persahabatan yang telah menghubungkan Pandaruan, Limbang ke Temburong, negara Brunei Darussalam yang telah digunakan sejak tahun 2013.

“Dari segi kemudahan sukan pula, Limbang juga tidak ketinggalan. Lapangan Rekreasi Limbang merupakan salah satu kemudahan yang terbaru bagi memacu kerancakan pembangunan sukan di bahagian Limbang ini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada Majlis Perasmian Kejohanan Tarik Tali Terbuka Antarabangsa 2023 Piala Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di Kompleks Sukan Limbang di sini, hari ini.

Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Yang Juga Pengerusi Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang (PTTBL), Kaunselor Sufian Mohat, Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Rynnille Elsther Peter.

Jelas Abang Johari lagi, keunikan Limbang yang unik berdekatan dengan negara jiran Brunei memberi kelebihan daerah ini dari aspek ekonomi yang banyak disumbangkan daripada kemasukan pengunjung dari negara jiran berkenaan untuk membeli-belah d isini.

Beliau berkata peningkatan pengunjung dari negara Brunei Darussalam mampu memacu ekonomi domestik setempat dan pertumbuhan ekonomi Limbang kembali rancak selepas dibadai pandemik COVID-19 tiga tahun lepas.

“Lokasi Limbang yang terletak di antara negara Brunei Darussalam juga telah menyumbangkan kepada sektor pembangunan secara tidak langsung dari segi ekonomi. Keadaan ini disokong oleh dengan peningkatan kadar pendapatan para peniaga dan usahawan tempatan daripada pelbagai bidang sama ada perhotelan, inap desa, makanan, kraftangan, pengangkutan dan sebagainya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan