Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron (tengah), bersama suaminya Mohamed A. M. Shaat (kiri) yang sebelum ini terkandas di Palestin, akan terus memberi bantuan kepada rakyat negara itu meskipun sudah kembali ke tanah air. Foto: TVS.

Nurul Ain dan suami terus bersemangat beri bantuan kepada rakyat Palestin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron yang sebelum ini terkandas di Palestin, akan terus memberi bantuan kepada rakyat negara itu meskipun sudah kembali ke tanah air.

Nurul Ain, 37, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata walaupun proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin sukar, namun beliau bersama suaminya Mohamed A. M. Shaat, 33,  yang merupakan warga Palestin akan terus memberi bantuan kewangan kepada abang iparnya yang masih berjuang di sana.

“Sekarang ini bantuan yang sedia ada itu memang susah untuk masuk dan satunya cara untuk masuk (bantuan) ialah melalui sempadan Rafah, jadi saya dan suami di sini bercadang untuk tidak beri barangan yang sedia ada, tetapi memberi bantuan secara wang tunai,” katanya ketika berdialog untuk media tempatan bertajuk Gaza Dihatiku di Surau Al-Mukarammah, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa bantuan barangan sedia ada seperti makanan akan mula rosak, susulan tempoh mendapat kelulusan kemasukan yang lama dan juga pendedahan terhadap cuaca di sana.

Nurul Ain berkata dengan pemberian bantuan dalam bentuk wang, dapat memberi alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin itu.

Nurul Ain berkata bantuan kewangan tersebut adalah lebih baik baginya secara peribadi, selain beliau tetap menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk teruskan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat di sana.

“Pada pandangan saya, pada NGO di luar sana yang mungkin, saya tak boleh kata tak boleh masuk ada kemungkinan mereka dapat masuk dan salurkan bantuan makanan silakan, tetapi bagi saya sendiri perkara itu sukar untuk kerana saya buat secara peribadi, jadi apa yang saya boleh buat ialah dengan tunai,” katanya.

Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500 orang, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.

Nurul Ain bersama suaminya dibawa keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir, tiba di tanah air  dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar, pada 14 Nov lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan