Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri: Timbalan Speaker DUN Sarawak, Datuk Idris Buang, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha DUN Sarawak, Pele Peter Tinggom merakam kenangan selepas sidang media selepas Mesyuarat Pre–Council sempena Persidangan DUN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini. Kredit: Zaim Zharfan (TVS)

DUN Sarawak: Bentang lima RUU, dua daripadanya RUU baharu di Malaysia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Nov: Lima Rang Undang-Undang (RUU) yang bakal dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bersidang bermula Isnin ini, 20 hingga 29 November 2023.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata dua daripadanya merupakan RUU yang pertama diperkenalkan di Malaysia iaitu, RUU Ombudsman Sarawak 2023 dan RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau).

“Terdapat lima RUU yang bakal dibentangkan kelak. RUU tersebut adalah RUU Perbekalan (2024) , RUU Ombudsman Sarawak 2023, RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau), RUU Pengedaran Gas (Pindaan) 2023 dan RUU Elektrik (Pindaan) 2023

“RUU Perbekalan (2024) akan dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya ketika kepada pemberita ketika sidang media selepas Mesyuarat Pre–Council sempena Persidangan DUN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Menurut beliau, RUU Ombudsman Sarawak 2023 akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan manakala RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Sayeed Aman Ghazali.

Seterusnya beliau mendedahkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi bakal membentangkan RUU Pengedaran Gas (Pindaan) 2023 dan RUU Elektrik (Pindaan) 2023.

Persidangan kali ini juga kata Mohamad Asfia akan menyaksikan istiadat angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee yang akan diadakan Isnin (20 November) ini pada jam 9 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan