Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Guru-guru KAFA dari SK Melayu Pusat hadir pada Majlis Apresiasi KAFA Bahagian Limbang,Tahun 2023 di Dewan Suarah Limbang hari ini. Foto: TVS

Kerajaan Sarawak salur RM9.2 juta bagi sediakan elaun tambahan guru KAFA – Awang Tengah

LIMBANG, 18 Nov: Kerajaan Sarawakbersetuju memperuntukkan sejumlah RM9.2 juta pada tahun hadapan sebagai elaun tambahan yang memberi manfaat kepada 2,579 orang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, peruntukan itu bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan program KAFA di Sarawak.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan usaha untuk membantu institusi pendidikan agama termasuk kepada guru KAFA dalam mengangkat pendidikan Islam ke tahap tinggi.

“Sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan KAFA, Kerajaan Sarawak telah bersetuju memperuntukkan sejumlah RM9.2 juta sebagai elaun tambahan untuk diberikan kepada 2,579 orang guru KAFA di sarawak, tahun hadapan.

“Maknanya setiap guru KAFA akan menerima elaun tambahan sebanyak RM300 sebulan bermula tahun hadapan dan ini adalah antara komitmen kerajaan sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan guru-guru KAFA di Sarawak,” katanya sempena Majlis Apresiasi KAFA Bahagian Limbang,Tahun 2023 di Dewan Suarah Limbang di sini pada Sabtu.

Awang Tengah menjelaskan lagi kerajaan sememangnya amat mengambil berat dan prihatin terhadap institusi pendidikan agama termasuk program KAFA.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengajak semua umat Islam di Sarawak khasnya untuk sentiasa mendokong dan menghayati agama dalam kehidupan.

“Pihak kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan jumlah peruntukan dari semasa ke semasa khususnya bagi menampung kos menaik taraf bangunan dan menyediakan kemudahan serta prasarana yang lengkap dan lebih sempurna kepada sekolah-sekolah yang ada termasuk institusi pendidikan agama,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak termasuk warga sekolah dan ibu bapa bersama-sama menyokong pendidikan KAFA sehingga daerah Limbang dan Lawas berada di kedudukan tiga teratas dalam pencapaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi seluruh sarawak pada tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan