Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri pada Majlis Perasmian Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (NAECCEM) di sebuah hotel di Santubong, di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Jumlah kanak-kanak berkeperluan khas tidak diberi intervensi awal membimbangkan – Nancy

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Nov: Jumlah kanak-kanak berkeperluan khas meningkat kepada 107,020 orang setakat Januari lalu, berbanding 93,951 pada 2020 berikutan hanya 7,582 yang mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata rekod yang mendaftar di bawah JKM itu mencetuskan kebimbangan susulan ia terlalu rendah berbanding jumlah keseluruhannya.

Sehubungan itu, Nancy berkata, jumlah terlalu kecil itu menyaksikan kanak-kanak bekeperluan khas berkenaan tidak mendapat intervensi awal yang sekali gus akan menyebabkan kesukaran di masa akan datang.

“Ini sangat membimbangkan, sekiranya kanak-kanak ini tidak diberikan intervensi awal, mereka akan menghadapi berbagai kesulitan apabila melangkah ke alam persekolahan nanti.

“Lima tahun awal umur kanak-kanak adalah masa yang sangat kritikal untuk dipupuk nilai-nilai murni, pengetahuan dan kemahiran asas,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (NAECCEM) di sebuah hotel di Santubong, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Nancy mengakui bahawa cabaran dalam menguruskan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semudah yang disangka dengan kebanyakkan kes dikesan melalui interaksi.

Sehubungan itu, pihaknya merancang untuk menubuhkan lebih banyak taska bagi kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh negara bagi mengatasi perkara itu.

“Pihak JKM di bawah KPWKM telah menubuhkan 11 buah taska kanak-kanak OKU dan dalam perancangan untuk membangunkan lebih banyak lagi.

“Kita juga terbuka untuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi lain,” ujarnya.

Nancy menambah, kementeriannya juga merancang untuk menubuhkan taska kelima negara iaitu taska kanak-kanak OKU atau taska intervensi awal.

Untuk rekod, negara kini memiliki empat jenis taska iaitu taska institusi, taska tempat kerja, taska komuniti dan taska di rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan