KUCHING, 17 Nov: Dana khas yang diwujudkan Kerajaan Sarawak iaitu Dana Mudah Cara diyakini membantu penggiat seni menganjurkan pelbagai program sekali gus mengangkat martabat kesenian dalam kalangan pelbagai kaum di negeri ini.
Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata bakat dan semangat para penggiat seni seharusnya tidak disia-siakan ekoran ia adalah ‘akar’ kepada pembangunan kesenian Sarawak ke peringkat lebih tinggi.
Susulan itu, Snowdan menyeru agar para penggiat seni agar memohon dana tersebut untuk mengadakan pelbagai aktiviti kesenian di negeri ini
âDana ini boleh dipohon oleh mereka yang ingin mengadakan bengkel dalam bidang kesenian (antaranya) tarian, membuat (kraftangan) manik dan sebagainya.
âDana ini dipohon terus menerusi laman sesawang dimana (pemohon) boleh memuat turun borang tersebut,” katanya.
Snowdan berkata demikian pada majlis perasmian Festival Tari dan Lagu Melayu Asli (FTLA) di Dewan Satok Hikmah Exchange Centre (HEEC) Kuching di sini, pada Jumaat.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Dayang Mariana Abang Bolhassan dan Penolong Setiausaha (Seni, Budaya dan Warisan) Barry Lian Ingan.
Jelas Snowdan lagi jumlah pemberian dana tersebut tersebut bergantung kepada keperluan penganjuran acara tersebut.
âKita boleh beri (dana) RM 20,000, RM 30,000 (dan) RM 50,000 dan sebagainya sekiranya mereka (pemohon) memerlukan dana yang lebih banyak bergantung kepada skala bengkel tersebut,” ujarnya. -TVS