Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Urus Setia Maulid Akbar, Bilal Ahmad Nazib Zaidi. Foto: TVS

Ulama dari Indonesia dan Singapura serikan Maulid Akbar Sarawak 1.0

KUCHING, 17 Nov: Maulid Akbar Sarawak 1.0 buat julung kalinya diadakan di Kuching bakal dihadiri ulama dari Indonesia, Al Habib Achmad Jamal Thoha Baagil dan dari Singapura, Shaykh Imran Angullia Al-Hafiz pada Ahad ini.

Urus Setia Maulid Akbar, Bilal Ahmad Nazib Zaidi berkata program tersebut turut diimarahkan dengan penceramah tempatan dan asatizah (ustaz dan ustazah) yang bermula pada 6 petang sehingga 11 malam di CIDB Convention Centre Sarawak di sini.

Aturcara program Maulid Akbar di Kuching. Poster Maulid Akbar Sarawak 1.0. Foto: Page Maulid Akbar Sarawak 1.0

Ahmad Nazib berkata program ini adalah untuk meraikan kemuncak Maulid Arbain yang berlangsung selama 50 hari dari 1 Rabiulawal lalu sekali gus dijadikan platform untuk orang ramai berkumpul dan mendoakan penduduk Gaza.

“Saya merasakan majlis ini mendapat sambutan baik dan bakal dihadiri oleh ramai tetamu. Tambahan pula, sekarang ini semua bercakap mengenai isu Palestin,” katanya kepada TVS, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan adanya program sebegini mampu membuka peluang untuk bekerjasama dalam mengadakan Maulid Akbar lagi pada masa hadapan.

Majlis ini diadakan dalam usaha mendalami kisah Rasulullah S.A.W. sebagai contoh teladan di samping menyemarakkan kasih sayang dalam kalangan umat Islam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan