Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki dan seorang wanita berdepan 21 pertuduhan berkaitan kes penipuan pembelian dan pembinaan rumah, membabitkan kerugian RM883,670. Foto hiasan, Envato.

Tiga individu berdepan 21 pertuduhan tipu jual,beli bina rumah di Miri

MIRI, 17 Nov: Tiga individu termasuk seorang wanita berdepan 21 pertuduhan berkaitan kes penipuan pembelian dan pembinaan rumah, membabitkan kerugian RM883,670.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, ketiga-tiga tertuduh terbabit berusia 40 hingga 60-an dituduh di mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama di Mahkamah Majistret Miri pada 6 November lalu.

“Sebanyak 19 kertas lagi kertas siasatan atas kerugian berjumlah keseluruhan RM883,670 yang telah dilaporkan pada tahun lalu.

“Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguambela mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Daerah Miri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Alexson, ketiga-tiga tertuduh telah diberikan jaminan tunai sebanyak RM500 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan terlibat sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Alexson menambah mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) pada jam 9.00 pagi 6 Disember depan manakala perbicaraan awal bagi dua kertas siasatan kes ini juga dijangka pada 20 hingga 23 November ini di Mahkamah Miri.

Mengulas lanjut, katanya perkembangan pertuduhan ini menunjukkkan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Komersia Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dalam membuat pertuduhan ke atas 21 kertas siasatan setakat ini.

“Siasatan bagi laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa dalam kes ini juga masih terus berjalan dan tindakan pertuduhan akan dibuat secara berperingkat pada masa depan setelah kes tersebut lengkap dan mendapat arahan pertuduhan daripada pihak pendakwa raya,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan