Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Khairussaleh Ramli menyerahkan zakat perniagaan Maybank kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Maybank unjur meneruskan momentum pertumbuhan

KUCHING, 17 Nov: Malayan Banking Bhd (Maybank) mengunjurkan pertumbuhan syarikatnya meskipun suasana ekonomi kini yang mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata peluang pertumbuhan jangka panjang itu disokong dengan keberadaan pejabat di negara-negara ASEAN.

“Kami mempunyai peluang pertumbuhan yang meluas di seluruh Malaysia dan Asean kerana sekarang ini juga kita (Maybank) memang sudah ada di semua 10 negara-negara Asean,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Khairussaleh berkata lagi, Maybank akan mengumumkan keputusan prestasi kewangannya bagi suku ketiga pada 22 November ini.

Menurutnya, Maybank akan meneruskan momentumnya, walaupun pasaran dan keadaan semasa masih tidak menentu.

Pada Ogos lepas, Maybank menjangkakan prestasi kewangannya akan terus kekal kukuh pada separuh tahun kedua 2023 selepas merekodkan peningkatan 26 peratus keuntungan bersih kepada RM4.6 bilion pada enam bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, menerusi kunjungan hormat itu, beliau menyerahkan zakat perniagaan RM1.02 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak bagi membantu membangunkan negeri.

“Apa yang jelas, arah tuju Sarawak dari segi tenaga dan dari situ kami (Maybank) akan melihat bagaimana kita boleh bekerjasama agar negeri ini maju lagi.

“Sebelum ini Maybank juga sudah banyak bekerjasama dengan syarikat-syarikat kerajaan Sarawak. Tahun ini kami datang bertemu Premier untuk memahami apa lagi yang kita boleh jalinkan kerjasama,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan