Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd. Khairi Abdul Ghani, 38, (kiri) menunjukkan foto Mohd Dawisy Zarif yang kritikal akibat renjatan elektik bersama kembarnya ketika ditemui pemberita di Hospital Pulau Pinang di George Town hari ini. Foto: TVS

Kanak-kanak melecur akibat renjatan elektrik kritikal, terpaksa ditidurkan

GEORGE TOWN, 17 Nov: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang melecur di seluruh tubuh akibat terkena renjatan elektrik di bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini dilaporkan kritikal serta terpaksa ditidurkan.

Bapanya, Mohd. Khairi Abdul Ghani, 38, telah mengesahkan perkembangan anaknya, Mohd Dawisy Zarif melecur sehingga 50 peratus dan kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Dia bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan dikatakan melecur 50 peratus iaitu di seluruh bahagian hadapan badan.

“Mohd Dawisy ditidurkan sejak dia mula-mula sampai (semalam) hingga sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di HPP hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melecur di keseluruhan badan selepas terkena renjatan elektrik di dalam sebuah bilik jana kuasa TNB di Taman Sri Bayu.

Budak lelaki 12 tahun melecur kena renjatan elektrik semasa ambil bola

Kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu berlaku ketika mangsa memasuki premis itu untuk mengambil bola yang terjatuh di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Khairi berkata, Mohd Dawisy yang mempunyai pasangan kembar itu sering bermain futsal di gelanggang yang terletak bersebelahan bilik jana kuasa tersebut bersama kawan-kawan pada waktu petang.

“Mungkin anak bongsu saya itu fikir hanya untuk ambil bola tanpa mengetahui tindakan itu berbahaya.

“Ketika kejadian, kembarnya tidak turut serta kerana sedang tidur di rumah,” katanya sambil menjelaskan dia segera bergegas pulang dari Lumut, Perak kerana bertugas sebaik menerima berita tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan