Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Dunia pada Jumaat berkata ia telah meluluskan pinjaman sebanyak US$500 juta untuk membantu Filipina mengendalikan bencana dan ancaman iklim. Foto: Reuters

Bank Dunia lulus pinjaman US$500 juta bantu Filipina tangani bencana

ByBernama

MANILA, 17 Nov: Bank Dunia pada Jumaat berkata ia telah meluluskan pinjaman sebanyak US$500 juta untuk membantu Filipina mengendalikan bencana dan ancaman iklim dengan lebih baik di negara itu.

Pinjaman itu akan memberi tumpuan khusus kepada usaha melindungi sekolah, kemudahan kesihatan dan penempatan penduduk, lapor Xinhua.

Pemberi pinjaman pelbagai hala itu berkata bantuan kredit itu disediakan supaya kerajaan boleh menggunakan segera pinjaman itu apabila bencana alam atau krisis kesihatan berlaku.

Kira-kira 60 peratus daripada jumlah keluasan tanah negara itu dan sekurang-kurangnya 74 peratus rakyat Filipina terdedah kepada pelbagai bahaya seperti taufan dan tanah runtuh, kata bank itu.

Bank itu berkata, kira-kira 78 peratus daripada sekolah-sekolah awam dan 96 peratus pelajar di Filipina terdedah dan mudah terjejas kepada bahaya.

“Manfaat sebenar sokongan ini ialah keupayaannya untuk menyampaikan perkhidmatan penting dengan pantas seperti penjagaan kesihatan, tempat tinggal dan makanan kepada mereka yang paling terjejas oleh bencana atau peristiwa iklim.

“Ia mengenai memastikan penduduk yang paling kurang dijaga dan boleh bangkit semula serta merta sejurus selepas kejadian bencana ini,” kata pengarah wilayah Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Ndiame Diop.

Bank itu berkata bencana alam telah membunuh kira-kira 33,000 rakyat Filipina dalam tempoh 30 tahun lalu selain menjejaskan kira-kira 120 juta penduduknya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan