KUCHING, 16 Nov: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di KM14, Jalan Lundu-Sematan dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Damataries Lautin berkata Charles Owen Jebeng, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada 9.30 malam.
Menurutnya, terdahulu, Charles terbabit dalam kemalangan kendiri.
“Selang beberapa minit (kemudian) sebuah kereta dari arah Lundu ke Sematan yang memandu di jalan lurus telah melanggar motosikal dan penunggang motosikal yang masih berada di jalan raya,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.
Mayat penunggang motosikal berkenaan dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.
Pemandu kereta yang berumur 40 tahun tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen (41) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS