Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri (SDCCM). Foto: UKAS

Sarawak sasar KDNK Serian cecah RM1.4 bilion menjelang 2030

BySalasiah Safian

SERIAN, 16 Nov: Kerajaan Sarawak menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Bahagian Serian mencapai RM1.4 bilion menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau percaya jumlah itu akan dapat dicapai berdasarkan rancangan pembangunan yang disusun oleh Kerajaan Sarawak selain potensi sektor pelancongan yang dimiliki Serian.

Serian sebagai ‘mini New Zealand’ | TVS

Kata beliau, rekod semasa KDNK Serian ialah RM600 juta dan memerlukan tambahan RM800 juta untuk mencapai sasaran.

“Bermakna (peningkatan KDNK untuk Serian) sekitar enam hingga lapan peratus.

“Soalannya, adakah Serian mampu mencapai sasaran, saya percaya ia akan dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri (SDCCM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Sementara itu Abang Johari memaklumkan Serian akan dibangunkan seperti ‘mini New Zealand’ dengan konsep kawasan luar bandar yang memiliki infrastruktur moden.

Tambahnya, setelah semua infrastruktur tersedia, Serian akan menjadi satu lagi kawasan tarikan pelancong di Sarawak.

“Serian terletak tidak jauh dari Kuching dan ia memiliki tarikan alam semula jadi seperti sungai, gunung, pertanian moden dan kebudayaan.

“Kalau hendak makan durian, datang ke Serian. Bagi aspek budaya pula, Serian dihuni majoriti kaum Bidayuh, oleh itu kita boleh menganjurkan festival kebudayaan di Serian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan ke arah menjadikan Serian sebagai kawasan tumpuan pelancong, pengurusan sisa adalah amat diperlukan.

Kata beliau, setakat ini, jumlah sisa di bahagian Serian adalah sebanyak 4,000 tan sebulan.

“Untuk mengatur urus perkara ini, statistik berkenaan pengurusan sisa adalah diperlukan.

“Ini bagi membolehkan sisa-sisa ini dapat diurus secara saintifik dengan menggunakan peranti moden,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan