Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkaitan pertanian di Sarawak dan Sabah memberi respon yang baik berhubung cadangan mewujudkan jelapang padi di dua negeri itu. Foto hiasan: Envato

Parlimen: Rancangan menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai jelapang padi negara giat dilaksanakan

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Rancangan kerajaan untuk menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai negeri jelapang padi negara kini sedang giat dilakukan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perbincangan merancakkan sektor tersebut antara lain melibatkan agensi seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi pengagihan benih.

“Kita akan berbincang terus dengan pihak pertanian Sabah dan Sarawak dan setakat ini mereka memberikan reaksi yang positif untuk menerima benih-benih yang baru ini.

“Sabah dan Sarawak bersedia secara aktif untuk membantu ke arah kadar sara diri (SSR) beras negara,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tambahnya lagi perbincangan diperingkat pegawai ketika ini juga sedang berjalan dan dijangka membuahkan hasil.

Menurutnya, bagi langkah jangka panjang kerajaan akan melaksanakan kajian mengimbangi harga belian padi dan harga benih supaya mencapai keseimbangan dalam mengawal harga benih dan memberi keuntungan kepada pesawah dan pengeluar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan