Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain Harimau Malaya Dion Johan Chai Cools (dua, kiri) meraikan jaringannya pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama.

Malaysia cipta sensasi, tumbangkan pasukan ke-97 dunia di Bukit Jalil

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Malaysia membuka langkah kanan pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan menumpaskan Kyrgyzstan 4 -3 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Aksi sengit itu menyaksikan Malaysia yang berada di ranking ke-137 dunia mendahului menerusi Dion Cools pada minit ke tujuh perlawanan.

Namun skuad pelawat yang merupakan pasukan di tangga ke-97 mula mempamerkan kebangkitan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan Kayrat Zhyrgalbek.

Sebelum memasuki bilik persalinan, skuad yang digelar “The White Falcons” memimpin skor apabila Ernist Batyrkanov menjadikan kedudukan 2-1.

Kyrgyzstan terus menguasai Bukit Jalil apabila menambah satu lagi jaringan pada minit ke-57, kali ini menerusi Kai Merk.

Harimau Malaya yang dipimpin Kim Pan Gon mendapat sedikit semangat apabila pemain pelawat, Khristiyan Brauzman tertampan bola ke dalam gawang sendiri untuk menghadiahkan Malaysia gol kedua pada minit ke-72.

Pemain berdarah Sarawak, Dion Cool sekali lagi membuktikan sentuhan berbisanya apabila meledak gol ketiga Malaysia pada minit ke-77.

Ketika perlawanan seakan – akan berkesudahan seri, pemain Selangor, Faisal Halim menjaringkan gol keempat Malaysia sekali gus mencetuskan sorokan gempita lebih 15,000 penyokong Malaysia yang hadir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan