Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laporan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menyatakan Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah musnah akibat serangan udara Israel. Foto hiasan, Envato.

Israel bom satu-satunya kilang gandum masih beroperasi di Gaza – PBB

ByBernama

NEW YORK, 16 Nov: Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) baru-baru ini menyatakan Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah telah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.

Premis itu merupakan kilang gandum terakhir yang masih beroperasi di Gaza.

Kemusnahan kilang itu bermakna tepung yang dihasilkan secara tempatan tidak boleh didapati di Gaza kelak.

Selain itu, tentera Israel dilaporkan menahan beberapa orang pelarian dalaman (IDP) yang melarikan diri melalui “koridor” yang ditetapkan untuk mereka oleh tentera penceroboh, menurut laporan itu.

Terdapat juga laporan saksi dan sumber yang tidak dapat disahkan mengenai beberapa orang penduduk yang hilang tempat tinggal dipukul dan dibogelkan.

Petra pada Selasa juga melaporkan, tentera Israel membina pusat pemeriksaan tanpa kakitangan dan mengarahkan penduduk Palestin untuk menunjukkan pengenalan diri mereka dan menjalani proses yang dipercayai imbasan pengecaman muka.

Lebih 1.5 juta penduduk di Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, termasuk kira-kira 813,000 IDP yang tinggal di sekurang-kurangnya 154 pusat perlindungan UNRWA, tambah Petra. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan