Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dengan China. Foto: Bernama

Eksport minyak sawit Malaysia ke China meningkat tahun ini – Fadillah

ByBernama

BEIJING, 16 Nov: Eksport minyak sawit dan berkaitan dengan minyak sawit Malaysia ke China dijangka meningkat tahun ini atau kekal berada pada paras tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tahun lepas, eksport minyak sawit dan produk berkaitan minyak sawit dari Malaysia ke China mencecah US$3.72 bilion atau RM14.86 bilion, jumlah besar ini membentuk 11.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksportdi seluruh dunia iaitu berjumlah RM130.25 bilion .

“Terdapat banyak pasaran yang belum kita tembusi di China. Justeru, kita perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China,” katanya selepas mengadakan dua pertemuan dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China Yu Jianhua dan Naib Premier China Liu Guozhong di sini hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata lawatannya ke China adalah susulan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mac tahun ini.

Semasa lawatan itu, Anwar bertemu dengan Presiden China Xi Jinping untuk menandakan lawatan sulungnya ke China sejak memegang jawatan perdana menteri pada November 2022.

Malaysia juga mencatat rekod tertinggi dalam komitmen pelaburan sepanjang lawatan berkenaan berjumlah RM170 bilion (US$38.6 bilion).

Mengenai import minyak sawit, Fadillah berkata China komited untuk meningkatkan lagi jumlah import minyak sawit dan produk hiliran mengandungi minyak sawit dari Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sayuran kedua terbesar di dunia.

Beliau berkata China merancang untuk meningkatkan bukan sahaja import minyak sawit tetapi juga derivatif termasuk tokotrienol, ia merupakan vitamin E berasaskan minyak sawit.

”China juga mahu melihat bagaimana kita boleh meningkatkan kerjasama daripada segi penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan penggunaan minyak sawit di negara ini,” kata Fadillah.

Beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan eksport buah segar ke China.

“Kami telah mengeksport nangka ke Nanning tahun ini dan mereka berminat untuk meningkatkan penghantaran buah-buahan lain termasuk durian,” katanya.

Fadillah dijadual bertemu Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Tang Renjian esok.

Beliau dalam lawatan rasmi sulungnya ke China dari 12 hingga 19 November. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan