Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Indonesia sahkan dua pesawatnya terhempas pagi tadi selepas melakukan latihan di Jawa Tengah. Foto, TVS.

Dua pesawat tentera Indonesia terhempas di Jawa Timur

JAKARTA, 16 Nov: Dua pesawat milik Tentera Udara Nasional Indonesia (TNI AU) disahkan terhempas di kawasan pergunungan dan padang di Keduwung, Pasuruan, Jawa Timur.

Kedua-dua pesawat jenis Super Tucano itu terhempas ketika selesai menjalani latihan formasi bersama dua lagi pesawat model serupa.

Jurucakap TNI AU, Agung Sasongkojati berkata, sebelum kejadian, empat pesawat berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Abdurahman Saleh, Malang, Jawa Timur pada pukul 10.51 pagi untuk melaksanakan misi Penerbangan Formasi Mahir, namun dua pesawat tidak kembali.

“Dua pesawat itu kemudian diisytiharkan hilang pada 11:18 waktu tempatan dan kami segera melakukan pencarian,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Difahamkan bangkai dua pesawat itu ditemui dalam keadaan musnah oleh penduduk di lokasi berbeza yang sangat jauh iaitu di kawasan Watu Gedek Lumbang dan sebuah lagi di Gunung Kundi sekitar Bromo.

Agung berkata kedua-dua pesawat itu dikendalikan oleh dua juruterbang bagi setiap pesawat.

“Pesawat itu dalam keadaan amat baik dan siasatan akan dijalankan untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi berhubung status empat juruterbang terlibat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan