Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Huawei Beijing Exhibition Center di sini hari ini. Foto Bernama.

China beri komitmen bantu keluarkan mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar – Fadillah

ByBernama

BEIJING, 16 Nov: China memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Myanmar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata pihak China dan Malaysia akan memperincikan bagaimana proses bagi membawa mereka keluar dari Myanmar melalui negara Negara Tembok Besar itu dapat dilaksanakan.

Lapan warga Sarawak mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar

“Pihak Malawakil kita akan buat follow up bagaimana kita akan mempermudahkan kaedahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Fadillah yang dalam lawatan rasmi sulung ke China dari 12 hingga 19 Nov, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pentadbiran Am dan Kastam China Yu Jianhua dan Naib Premier China Liu Guozhong di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata difahamkan terdapat puluhan atau mungkin ratusan kes penipuan pekerjaan melibatkan rakyat Malaysia di Myanmar.

“Apabila terlibat dengan jenayah scam ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan, maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan