Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamad Hasan ketika menghadiri hari terakhir Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM Plus ke-10 di Jakarta, Indonesia. Foto: David Andreas (TVS)

ASEAN senada desak gencatan senjata di Semenanjung Gaza – Mohamad

JAKARTA, 16 Nov: Negara anggota ASEAN bersependapat bahawa situasi di Palestin perlu ditangani segera bagi mengelak kehilangan lebih banyak nyawa akibat serangan berterusan di Semenanjung Gaza.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun setiap negara mempunyai pandangan tersendiri, namun secara umumnya (hampir kesemua negara) bersetuju yang gencatan senjata merupakan keperluan utama ketika ini.

“Mengambil kira pandangan semua negara, penting untuk (kita) memberi perhatian kepada kehilangan nyawa orang awam, oleh itu perlu dilakukan gencatan senjata secepat mungkin,” katanya kepada TVS.

Terdahulu, Mohamad menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM Plus ke-10 di sini.

Sementara itu, beliau turut mengulangi pendirian tegas Malaysia bahawa rakyat Palestin tidak seharusnya dipindahkan dari tanah mereka dan tidak perlu ada usaha untuk memindahkan mereka ke tempat baharu.

Pada hari terakhir ADMM Plus ke-10, menteri pertahanan ASEAN mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan mereka dari lapan negara dialog iaitu Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat.

Pelbagai isu keselamatan serantau dan kepusatan ASEAN turut dibincangkan, manakala konflik Palestin turut disuarakan dalam perbincangan dengan negara rakan dialog. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan