Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para penaja emas Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023 pada majlis penyerahan penajaan di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan, Andy Jong. Foto fail: TVS

Anugerah Kewartawanan Kenyalang tawar RM250,000, majlis penyampaian Jumaat depan

ByConnie Grace

KUCHING, 16 Nov: Hadiah wang tunai RM250,000 menjadi rebutan para wartawan dan jurufoto menerusi Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023 yang akan disampaikan menerusi satu majlis di Miri pada 24 November ini.

Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Andy Jong berkata 11 kategori dipertandingkan menerusi KJA 2023 termasuk Anugerah Premier Sarawak.

Antara kategori lain ialah Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Penulisan Berita), Anugerah Laporan Berita, Anugerah Berita Sukan, Anugerah Ekonomi Digital, Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti, Anugerah Laporan Kelestarian, Anugerah Laporan Ekonomi dan Perniagaan, Anugerah Kewartawanan Foto dan Anugerah Esei Foto.

“Kerajaan Sarawak merupakan penaja utama penganjuran Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2023.

“Sejak 2015, Kerajaan Sarawak telah menjadi penaja utama penganjuran, selain barisan penaja emas seperti Petronas, Shell dan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang masing-masing menyumbang RM50,000,” katanya menerusi kenyataan.

Penaja lain, terdiri daripada Cahya Mata Sarawak (CMS), Press Metal Bintulu Sdn Bhd, SEDC Energy Sdn Bhd, Sarawak Information System Sdn Bhd (Sains) dan Telum Media.

Mengenai penyertaan, beliau berkata ia menerima sambutan menggalakkan dengan 353 penyertaan.

Kategori Bahasa Melayu menerima 79 penyertaan, kategori Bahasa Cina (76), kategori Bahasa Inggeris (74), kategori Bahasa Iban (33) dan kategori Penyiaran (66).

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan majlis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan