Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Red's Hotel, Bong Jat Chung (dua kiri) dan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sarawak, John Teo (dua kanan) semasa Majlis Perasmian Red's Hotel di Bintulu hari ini. Foto TVS.

Red’s Hotel di Bintulu aplikasi teknologi digital, mudahkan tetamu daftar masuk

BySteward Dawi

BINTULU, 15 Nov: Red’s Hotel menjadi hotel pertama di bandar ini yang mengaplikasikan teknologi digital sepenuhnya bagi urusan daftar masuk.

Pengarahnya, Bong Jat Chung berkata, kiosk digital disediakan bagi memudahkan tetamu mereka mendaftar masuk dan keluar serta mengakses bilik masing-masing tanpa perlu mengambil kad di kaunter.

Red’s Hotel perkenal konsep digital pertama di Bintulu | TVS

“Kami memperkenalkan konsep cardless, jadi apabila pelanggan mahu mendaftar, mereka akan masukkan nombor tempahan di kiosk dan nombor pin akan tertera untuk akses ke pintu utama dan pintu bilik.

“Ini menjimatkan masa kerana kita tidak lagi menggunakan kad,” katanya.

Pengarah Pembangunan Perniagaan, Victoria Tatum dari VFF Management & Services Sdn Bhd semasa memberi penerangan fungsi kiosk digital di Red’s Hotel.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Red’s Hotel di sini, hari ini.

Jat Chung turut yakin penggunaan kiosk digital itu akan meningkatkan kecekapan dan operasi penstriman hotel dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif kepada pelanggan.

Selain itu katanya maklumat peribadi pelanggan lebih selamat kerana disimpan menggunakan sistem pintar.

“Bagi pelanggan yang datang secara ‘walk-in’ perkhidmatan kaunter masih disediakan seperti biasa,” tambahnya.

Sementara itu Jat Chung berkata, pihaknya merancang untuk membuka cawangan baharu di Miri dan Sibu namun bergantung kepada permintaan dan keadaan ekonomi setempat.

Berkenaan kadar penginapan pula, beliau memberitahu Red’s Hotel menawarkan harga bermula RM88 sehingga RM178 yang bergantung kepada saiz bilik.

“Kita mempunyai beberapa kategori bilik seperti king size, queen size, double room dan single small room,” jelasnya.

Red’s Hotel dibuka pada 17 Disember 2016 dengan ketika itu hanya menyediakan 12 bilik.

Bermula September 2023, operasinya diperluaskan sehingga 31 bilik.

Red’s Hotel merupakan salah sebuah hotel yang menjadi pilihan utama bagi pekerja industri minyak dan gas, pelancong tempatan dan luar negara di Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan