Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal mangsa masih tersadai di tepi jalan selepas kemalangan langgar lari di Jalan Wawasan di Sibu awal pagi Selasa. Foto: BSPT Sibu

Polis kesan pemandu langgar lari sebabkan kematian penunggang motosikal

SIBU, 15 Nov: Polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian langgar lari menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Wawasan di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut itu pada 3.40 pagi.

“Kemalangan berlaku ketika seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun semasa menunggang sebuah motosikal bergerak melalui tempat kejadian telah dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendafataran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu

Sehubungan itu, Zulkipli memohon individu terlibat dalam kes itu supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan polis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan ini diminta menghubungi Balai Polis Trafik Sungai Merah di talian 084-217901 atau hubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Muhammad Sahfiq Dihanan di talian 016-4942092,” ujar beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan