Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari. Foto: TVS.

Parlimen: Kerajaan belanja RM378.8 juta tampung kos perubatan veteran ATM

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kerajaan komited dalam menyediakan peruntukan perubatan yang mencukupi bagi memastikan kebajikan semua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) kerajaan sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek kebajikan veteran ATM tanpa mengira veteran berpencen atau tidak berpencen.

“Sejak tahun lepas hingga kini, kerajaan telah membelanjakan RM378.8 juta bagi menampung keperluan perubatan Veteran ATM sama ada veteran berpencen atau tidak berpencen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (Perikatan Nasional – Lumut) di Dewan Rakyat, hari ini.

Nordin ingin tahu jumlah peruntukan yang perlu ditanggung kerajaan setiap tahun sejak 2020 bagi menampung kos perubatan veteran berpencen dan veteran tidak berpencen di bawah JHEV ATM.

Tambah Adly, kemudahan perubatan kepada Veteran ATM berpencen dan orang tanggungan yang layak diuruskan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan