Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori dan pikap yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Tatau-Sibu. Foto: BSPT IPD Tatau

Pacuan empat roda ‘hancur’, pemandu terselamat kemalangan ngeri di Tatau

TATAU, 15 Nov: Berpantang maut sebelum ajal.

Itulah nasib dialami seorang pemandu lori apabila kenderaan dikendalikannya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain dan pacuan empat roda di Kilometer 11, Jalan Tatau- Sibu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori berusia 29 tahun patah tangan dan kaki serta cedera di muka manakala pemandu pacuan empat roda berusia 48 tahun cedera di tangan.

Menurutnya, seorang lagi pemandu lori berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian berlaku apabila pemandu Toyota Hilux disyaki cuba memotong sebuah lori di hadapannya namun tidak sempat memasuki lorongnya telah bertembung dengan lori jenis Isuzu.

“Kenderaan itu bergesel dengan sebuah lori lain di lorong bertentangan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen (43) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan