Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin di Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Alexander Nanta Linggi (FB)

Nanta sumbang sebulan gaji kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin

BySaibi Gi

KUCHING, 15 Nov: Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyumbang sebulan gaji sebagai menteri kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.

Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu serba sedikit beban rakyat Palestin yang terjejas teruk kesan peperangan.

Menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM454,140 hasil kutipan Kementerian Kerja Raya kepada tabung berkenaan di pejabat kementerian itu di Kuala Lumpur.

“Sumbangan ini merupakan tanda dukacita di atas tragedi yang menimpa rakyat Palestin,” katanya.

Menurutnya, tabung ini merupakan inisiatif murni kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Luar Negeri.

“Terima kasih saya ucapkan atas kemurahan hati semua. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik semua,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan