Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata menunjukkan barang rampasan menerusi tiga serbuan ke atas pusat panggilan perjudian dalam talian pada sidang media di Kuching, hari ini. Foto: Cheryl Syahmina Toh (TVS)

Pusat operasi judi dalam talian tumpas, kaut untung RM240,000 sebulan

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 14 Nov: Pusat operasi judi dalam talian (pusat panggilan) yang mengaut keuntungan kira-kira RM240,000 sebulan dilumpuhkan polis menerusi tiga serbuan berasingan di sini, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata polis memberkas 26 orang warga negara asing, terdiri daripada 23 lelaki dan tiga perempuan, yang merupakan operator pusat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati bahawa pusat operasi perjudian tersebut telah beroperasi mengikut syif dalam tempoh 24 jam dalam setahun tiga bulan yang lalu.

“Polis kini sedang mengesan pemilik sebenar premis tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, serbuan pertama ialah pada 7 November di sebuah kondominium dengan tangkapan sembilan suspek.

Menerusi serbuan kedua dan ketiga pada 8 November, polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan sindiket perjudian dalam talian di sebuah lagi kondominium dengan tangkapan 17 suspek.

Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih dari RM50,000 serta hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan selain itu hendaklah dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

Kesemua tangkapan direman di bawah Akta Imigresen selama 14 hari.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur dan menjalankan kegiatan perjudian haram berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di Kontinjen Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan