Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam bergambar bersama peserta di Majlis Penyampaian Sijil Pelatih Program Pembangunan Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) di Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu hari ini. Foto:TVS

Program PLKK bantu kumpulan sasar dapat kemahiran, atasi kemiskinan

BINTULU, 14 Nov: Program Pembangunan Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) memberi peluang kepada kumpulan sasar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi menjalani latihan kemahiran dan seterusnya mendapat pekerjaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, dengan meningkatkan kemahiran, mereka mampu mendapat pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka serta keluarga daripada terus dibelenggu kemiskinan.

“Jadi kepada semua pelatih yang telah menamatkan kursus ini, terus tekad untuk bekerja bagi menambah pendapatan keluarga agar keluarga tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

“Pada asasnya, bantuan ini untuk membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan apabila sampai satu tahap kelak,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sijil Pelatih PLKK di Institut Kemahiran MARA (IKM) di sini, hari ini.

Seramai 39 pelatih Kursus Basic Scaffolding Level 1 menerima sijil pada majlis itu.

Dalam pada itu, Razi menyarankan agar lebih banyak syarikat dan pemain industri dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penerima bantuan kebajikan.

“Melalui sinergi multi-sektoral, antara agensi kerajaan, Government Link Company (GLC) dan syarikat korporat akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar yang telah diberi latihan oleh JKMS.

“Saya berharap JKMS dapat merangka program yang lebih komprehesif dengan kepelbagaian jenis kursus latihan kemahiran yang boleh pasaran agar dapat menarik minat lebih ramai penerima bantuan atau ahli isi rumah mereka,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan