Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelakon utama, The Marvels, Brie Larson semasa menghadiri tayangan filem itu di New york pada 10 November. Foto, AFP.

‘The Marvels’ rekod kutipan terendah dalam sejarah MCU

AMERIKA SYARIKAT, 13 Nov: Filem adiwira The Marvels yang mula ditayangkan pada 10 November lalu setakat ini merekodkan kutipan paling rendah dalam sejarah filem keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU).

Filem itu sekadar memperoleh anggaran kutipan sebanyak $47 juta ketika tayangan hujung minggu pertamanya di Amerika Syarikat.

Penganalis, David A. Gross berkata, jumlah berkenaan menunjukkan kejatuhan filem Marvel yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Beberapa faktor telah menjejaskan filem ini di pawagam termasuk pertumbuhan perkhidmatan penstriman serta mogok oleh pelakon baru-baru ini,” katanya.

Pada kebiasaannya filem sequel adiwira mendapat sambutan lebih hebat berbanding filem pertama.

Namun perkara itu tidak berlaku kepada The Marvels apabila merekodkan penurunan kutipan 67 peratus.

Kutipan filem berkenaan juga masih jauh untuk mencapai kos pengeluarannya yang berjumlah $220 juta.

The Marvels dibintangi oleh Brie Larson, Teyonah Parris dan Iman Vellani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan