Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 40 pekerja binaan terperangkap pada Ahad apabila terowong jalan yang sedang dibina runtuh di utara India. Foto: AFP

Sekurang-kurangnya 40 pekerja India terperangkap dalam runtuhan pembinaan terowong

ByAFP

DEHDARUN, INDIA 13 Nov: Sekurang-kurangnya 40 pekerja binaan terperangkap pada Ahad apabila terowong jalan yang sedang dibina runtuh di utara India.

Penyelamat bergegas untuk menyelamatkan mereka daripada bawah timbunan runtuhan.

Runtuhan berlaku awal pagi Ahad di Himalaya Uttarakhand apabila sekumpulan pekerja sedang bergerak keluar dan pekerja gantian sedang masuk ke dalam terowong.

“Kira-kira 200 meter (218 ela) terowong telah runtuh,” kata pegawai tindak balas bencana negeri, Durgesh Rathodi.

“Kira-kira 40 hingga 41 pekerja terperangkap di dalam terowong. Oksigen sedang dibekalkan di dalam timbunan, tetapi lebih banyak runtuhan ketika penyelamat cuba mengalihkan halangan.”

Terowong sepanjang 4.5 kilometer (2.7 batu) sedang dibina antara Silkyara dan Dandalgaon untuk menghubungkan dua tempat suci Hindu iaitu Uttarkashi dan Yamnotri.

Pegawai bertanggungjawab bencana, Rathodi, berkata satu mesej dihantar kepada pekerja yang terperangkap melalui tiub yang mengepam oksigen ke bahagian terhalang terowong.

“Belum ada maklum balas mesej dari dalam terowong. Lebih banyak runtuhan dari atas kerana mesin sentiasa mengalihkan timbunan runtuhan.”, katanya.

Seorang pegawai polis tempatan memberitahu mereka yakin pekerja yang terperangkap akan diselamatkan namun memerlukan masa yang lama.

“Berdoa kepada Tuhan agar pekerja yang terperangkap di dalam terowong itu dibawa keluar dengan selamat,” tulis Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami di platform media sosial X.

Terowong itu adalah sebahagian daripada Projek Jalan Char Dham Perdana Menteri Narendra Modi, yang bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan untuk beberapa tempat suci Hindu paling popular di negara ini, serta kawasan yang bersempadan dengan China. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan