Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah. Foto: TVS

Penubuhan Tribunal Akta Antigangguan Seksual diharap dapat dilaksanakan tahun ini

KUCHING, 13 Nov: Penubuhan Tribunal Akta Antigangguan Seksual diharap dapat dilaksanakan sebelum penghujung Disember tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, beliau telah berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan penubuhan tribunal bagi pengisian jawatan pengerusi serta timbalannya.

Katanya, pada masa ini pihak AGC sedang berusaha untuk mempercepatkan proses tersebut, setakat ini sebanyak 20 jawatan telah diluluskan dan kini mereka sedang dalam proses untuk mengiklankannya.

“Kurang daripada dua minggu lepas saya telah berhubung dengan AGC untuk memohon mengenai perkara ini. Ia bertujuan untuk mendapatkan kelulusan jawatan di bawah tribunal itu untuk kita menubuhkannya, mendapatkan pengerusi serta timbalannya.

“Saya juga mahu tribunal ini dapat terlaksana sebelum Disember. Mereka perlulah terdiri daripada orang yang menjalankan tugas-tugas yang berkaitan gangguan seksual,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Bersama Media di sini, malam tadi.

Selain itu, beliau turut memohon secara rasmi agar terdapat wakil dari Sabah dan Sarawak memegang jawatan dalam tribunal tersebut bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan kes dilaksanakan sekiranya perkara tersebut berlaku di negeri berkenaan.

“Ini kerana kalau berlaku kes di Sarawak ataupun di Sabah ia memudahkan pengurusan kerana pada masa ini yang akan diwujudkan dahulu tempatnya di Kuala Lumpur. Jadi saya telah meminta supaya satu daripada Sarawak dan Sabah kalau ada kes maka mereka yang membantu di sini,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan