Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: hiasan, Envato.

Lelaki mengamuk dengan parang di Sibu disahkan sakit mental – polis

SIBU, 13 Nov: Seorang lelaki yang ditahan polis selepas mengamuk serta membawa parang dan pisau di Jalan Mahsuri di sini tengah hari semalam disahkan mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu bertindak agresif apabila dilihat berjalan kaki di sekitar tempat kejadian membawa senjata tajam sehingga menimbulkan kebimbangan orang awam.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Balai Polis Sentral Sibu dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima aduan orang awam pada 12.20 tengah hari.

“Pihak polis cuba menenangkan lelaki berkenaan namun dia terus bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama.

“Malah suspek telah bertindak menikam beberapa kali perutnya menggunakan pisau yang dipegangnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, polis terpaksa menggunakan kekerasan minima dan berjaya menahan suspek sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

“Sebilah pisau dan parang juga berjaya dirampas dan tiada sebarang insiden melibatkan orang awam yang lain,” jelasnya.

Menurut Zulkipili siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan mengalami masalah mental dan disahkan oleh ahli keluarganya.

Tambahnya, kes tersebut telah dirujuk kepada Bahagian Psikiatri Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan