Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menyaksikan penyerahan rumah PPRT yang disempurnakan Thomas Geoffrey Kendawang di Bintangor, semalam. Foto: UKAS

Isu anak yatim terabai, keprihatinan dan kerjasama masyarakat ditagih

BINTANGOR, 13 Nov: Selain pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, tidak kurang penting bagi pemimpin akar umbi untuk lebih prihatin tentang isu berkaitan kemanusiaan, keharmonian dan pembinaan modal dan siasah insan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata keprihatinan pemimpin di pelbagai peringkat adalah untuk memastikan tidak ada golongan kurang bernasib baik terabai.

“Mereka harus bertindak cepat melapor perkara memerlukan perhatian dan tindakan segera kepada agensi yang berkaitan atau terus menghubungi wakil rakyat.

“Urusan kebajikan masyarakat terutama yang melibatkan anak-anak yatim terabai disebabkan masalah kewangan penjaga adalah tanggungjawab bersama masyarakat setempat dari aspek moral dan kemanusian,” katanya ketika ditemui selepas berkunjung ke rumah lima anak yatim di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengunjungi keluarga lima kanak-kanak yatim menghadapi masalah penjagaan dan kebajikan yang kritikal disebabkan masalah penjaga yang tidak berkemampuan.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kanak-kanak bawah umur yang terjejas peluang untuk bersekolah.

“Persekitaran dalam keluarga atau rumah serba kekurangan mampu mendatang kesan negatif pada emosi dan kesihatan kanak-kanak.

“Isu berkaitan dengan kanak-kanak bawah umur mesti diurus dengan cermat serta birokrasi yang mudah kerana ia melibatkan isu maruah, aib keluarga dan paling sensitif ialah cabaran emosi dan mental kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, impian empat penduduk untuk mendiami kediaman lebih selesa akhirnya kesampaian apabila bakal menerima rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mereka ialah Rosesidah Rajali di Jalan Abg Amin Bintangor, Suryani Bedu, Munira Zaidi dan Nuraina Abdullah @ Empina Uchong masing-masing dari Kampung Bidadari Bintangor.

Majlis penyerahan tapak siap kepada penerima disempurnakan Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang sambil disaksikan Abdullah.

Beliau turut menyumbangkan lampu solar ke setiap rumah, sementara penerimanya menunggu kelulusan pemasangan elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan