Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Negara Indonesia, Retno Marsudi ketika mendedahkan plan pemindahan warga Indonesia untuk dibawa keluar dari zon peperangan di Semenanjung Gaza beberapa waktu lalu. Foto: David Andreas (TVS)

Indonesia bawa rakyatnya keluar dari Gaza

ByTVS

JAKARTA, 13 Nov: Indonesia berjaya memindahkan rakyatnya di zon perang di Semenanjung Gaza.

Menteri Luar, Retno Marsudi berkata, dua keluarga yang tinggal di Selatan Gaza berjaya dibawa keluar oleh pasukan Kementerian Luar Indonesia menerusi sempadan Rafah.

Retno berkata, misi berkenaan tidak mudah namun pihaknya melakukan pelbagai usaha untuk memastikan rakyat Indonesia selamat.

Rakyat Malaysia di Gaza selamat dievakuasi melalui lintasan sempadan Rafah

“Proses pemindahan mengambil masa agak lama namun saya terus berhubung dengan banyak pihak, ” katanya pada sidang media hari ini.

Kata beliau, ketika ini kesemua rakyat Indonesia yang dibawa keluar itu berada di Kedutaan Indonesia di Mesir sebelum dibawa ke Kaherah untuk pulang ke Indonesia.

“(Namun) tiga lagi warga Indonesia masih berkhidmat sebagai sukarelawan di Hospital Indonesia di Gaza dan mereka memutuskan untuk terus tinggal di sana,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan