Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dauk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kedua kanan) bersama pemimpin Kerajaan Sarawak hadir Majlis Makan Tengah Hari Deepavali di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak turut berpotensi bekal tenaga hijau kepada China dan India – Abang Johari

ByNadhir Azfar

KUCHING, 12 November: Sarawak berpotensi besar untuk membekalkan tenaga hijau dan tenaga boleh baharu (TBB) kepada China dan India.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini berdasarkan faktor geografi wilayah ini yang strategik terutamanya Pelabuhan Bintulu yang terletak di tengah – tengah laluan dua kuasa ekonomi itu.

Sarawak berpotensi besar menjadi pemain utama tenaga | TVS

Kata beliau, Bintulu juga terletak di tengah Asia Tenggara sekali gus mempunyai kelebihan logistik.

“Ini bermakna, kita akan cuba mengoptimumkan kekuatan sumber yang dimiliki (termasuk) menaik taraf produk tenaga hijau yang bernilai lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari sempena Deepavali di sini hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Majlis anjuran peguam Shankar RP Asnan itu turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sementara itu, Abang Johari berkata, beliau yakin agenda ekonomi Sarawak akan menarik lebih banyak pelaburan asing berikutan peningkatan permintaan global untuk metanol hijau dan ammonia hijau.

“(Oleh itu) kita dapat memacu ekonomi Sarawak kerana mempunyai sumber untuk menghasilkan bahan api hijau,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan