Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin (tiga dari kanan). Foto fail IPK Pulau Pinang.

Pegawai dan anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi

ByBernama

GEORGE TOWN, 12 Nov: Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di sini membabitkan kerugian lebih RM10,000 baru-baru ini.

Kesemua mereka berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan Jumaat lepas selepas pihak polis menerima laporan daripada lelaki yang juga seorang tukang paip berumur 40 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan semua pegawai dan anggota polis itu pada 10 Nov lepas dan mereka direman sehari sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan