LONDON, 12 Nov: Selepas lebih 111 tahun tragedi Titanic, artifak bernilai daripada kapal mewah itu, termasuk menu untuk penumpang kelas pertama dilelong dengan harga puluhan ribu pound, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menu itu pernah mencetuskan fenomena kerana dikatakan satu-satunya menu yang masih ada sejak 11 April 1912.
Antara jenis hidangan yang tertera dalam menu itu, termasuk tournados of beef a la Victoria, daging kambing dan daging itik melewar (mallard) dan terjual dengan harga £66,000 (US$81,000).
Selimut dari kabin kelas pertama yang mungkin dibawa oleh seorang daripada penumpang yang terselamat ke dalam bot penyelamat dan dianggarkan bernilai £70,000 hingga £100,000 telah terjual pada harga £76,000. -TVS