Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali. Foto: IG Istana Negara

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.

Ucapan baginda berdua dikongsi menerusi poster di akaun Instagram Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut catatan di poster itu.

Penganut Hindu di Malaysia menyambut Deepavali atau pesta cahaya hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan