Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Noor Hisyam Noor Mohamed (kiri) dan Mark Liao ketika menjadi tetamu dalam Dialog TVS bertajuk 'Mentaliti Kelas Ketiga, Sampai Bila?'.

Sokongan rakan penting ubah individu ke mentaliti kelas pertama

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Nov: Sokongan rakan-rakan merupakan antara faktor dalam mengubah mentaliti seseorang ke arah minda kelas pertama.

Menurut Presiden Sarawak Eco Warrior, Mark Liao, dalam hubungkait golongan muda, beliau berpendapat mempunyai rakan baik mempengaruhi sistem sokongan itu.

Sokongan rakan penting ubah individu ke mentaliti kelas pertama | Dialog TVS

“Mempunyai kawan baik dalam kehidupan amat penting kerana jika kita tidak mempunyai rakan yang mempunyai mentaliti yang sama, maka akan susah untuk seseorang itu untuk berubah.

“Sistem sokongan itu juga motivasi contohnya selepas sebulan kita menjalankan tugas yang pada akhirnya kita akan merasa penat dan susah untuk meneruskan aktiviti tersebut,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan temubual terbitan TVS, Dialog TVS Mentaliti Kelas Ketiga, Sampai Bila? yang disiarkan pada Khamis.

Turut senada, ahli akademik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Noor Hisyam Noor Mohamed berkata, semua memerlukan bantuan sama ada dari dalaman dan bantuan orang luar.

“Saya melihat sokongan ini bukan sahaja datang dari segi rakan sebaya dan sekeliling, namun ia juga datang dari institusi.

“Sekiranya seseorang itu mempunyai rakan yang mempunyai mentaliti yang sama, maka akan berlaku teguran antara satu sama lain.

“Sistem sokongan itu akan menjadi cantik seterusnya membawa kepada tindakan mentality yang maju ke hadapan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan