Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pakar bedah pusat perubatan Universiti New York lakukan pemindahan pertama keseluruhan mata

ByBernama

MOSCOW, 10 Nov: Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health, sebuah pusat perubatan akademik di Universiti New York melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun, lapor Sptunik memetik pusat perubatan itu pada Khamis.

Pembedahan itu yang meliputi pemindahan keseluruhan mata kiri dan sebahagian muka daripada penderma tunggal, menjadikan ia sebagai pemindahan pertama keseluruhan mata manusia dalam sejarah perubatan dan satu-satunya kes gabungan pemindahan seumpamanya,” menurut kenyataan itu.

Veteran tentera dari Arkansas itu kehilangan mata kiri, hidung, bibir, gigi depan, bahagian pipi kiri, dagu ke tulang dan lengan kiri dari atas siku, selepas mukanya tersentuh wayar hidup semasa sedang bekerja.

Pembedahan yang dijalankan pada 27 Mei itu, mengambil masa kira-kira 21 jam, melibatkan pasukan lebih 140 pakar bedah, jururawat dan kakitangan perubatan lain.

Bagaimanapun, pusat perubatan itu masih belum dapat memastikan sama ada pesakit akan dapat melihat semula.

Menurut pusat perubatan berkenaan, mata yang dipindahkan itu telah menunjukkan tanda pemulihan luar biasa, sekali gus mencatat kejayaan penting yang membuka kemungkinan baharu untuk memajukan lagi terapi penglihatan dan bidang perubatan yang berkaitan pada masa depan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan